PALESTINE..HOW FAR U CARE?
lifelive4palestine

Sunday, August 1, 2010

Palestinian wit Sir FS


Today, 31 Julai..learn bout  current issue..sir firdausi..really good..bljr sal current issue n some bout the topic is palestinian..even the sir seem more to western but i am still hepi b cause d dlm diri dia masih ada islamic..ya..its true..even kt sngt jaat skalipun..pencuri, pelacur n so on..but as long as kt ni yg known as muslim..ape pn yg mlibatkan Islam pasti kita akan terguris..here..i dont want 2 talk bout him but want 2 talk bout wat he said bout palestinian..i like wat he said.."muslim terrorist, terrorist muslim, muslim terrorist, u terrorist, me terrorist..n its stupid!" ya..it stupid words...according 2 him..America sbnrnya sngt tkt dgn perkmbgan groth population muslim..in America..mcm kt cn..diorng ada gak wat banci penduduk n supprisingly, muslim's growth population in America is very high than other religious...hahahahah..kuasa Allah..they try 2 serang kt but kt serang diorng dgn human being..Allah telah mnetapkan kt umat Islam yg tinggal d America adalah sngt tinggi..subhanallah..sbb i2la diorng takut n amat takut kalo kt umat Islam akn bangkit seperti dahulu, d mn agama kt la yg plg kuat..

I also like this..if kt xjg our state properly, we will b like a 2nd palestinian..ader tanah but suffer...he said "ya..we muslim..Islam taught us 2 b kind...so come Israel come...we r so kind..bl Israel build school, hospital..its ok Israel...do watever u like..we know u dont hv land..skali da msk arena politik..Israel msk politik dlm Palestinian..n gadobom!!!!" war pn terjdlah..pnddk sngsara..plus, dgn org2 palestinian yg kaki gila kuasa..smpn duit rkyat 2k keperibadian sndri, n pmmpn yg mmg da xsyg org  n negaranya sndri..they r shit! a little bit emotional...lol..=(..ya..i am really sad wit them..nk tolong??dlm mmpi jer..ksian coz diorng bersendirian..they r alone fight wit the race that we hate most...

u hate Israel?ya..we hate but r we  really hate...ask urself in ur deep heart..ya...I read newspaper n u know Palestinian need 16 Juta 2k baiki hospital..hospital  2 xda radiologi 2k scan kecederaan yg patah,,kt sn pnuh war n surely, rmai yg patah kaki, tngn akibat bom...so radiologi pntg 4 them...sori if i am mistaken.. i am not in medical field...Palestinian..wat we can say bout u...

Saturday, July 10, 2010

Hamas Bukan Pengganas!

Terrorist..st perkataan yg menimpa Islam..cb fikirkan sebentar..cuba kalau kat Malaysia ini, Israel nk dirikan negara dia..huhuhu...of kos la kt mengamuk!ini bukan negara dia..y dia nk negara kt kn?i2la yg mnimpa Palestine..Hamas hnya memperjuangkan negara diorang...Allah xakan reda kpd bgsa 2 kalo bgsa tersbt mnyerahkan negara nya kpd bgsa lain..mksdnya d sini negara apapun yg xberjuang tatkala negaranya dijajah, Allah xakan reda kpd pnddknya...apatah lg negara Islam yg tlh dicerobohi oleh bgsa asing yg ingin menghapuskan pnddk dan agama Islam sm sekali..tentula sbgai Islam diorng n kt seharusnya marah..diorng jgk marah coz negara diorng d rmps dan pnddk yg berhak ke atas negara tersebut menjadi pelarian d negara lain!Penddk Palestine xhnya mnjdi pelarian d negara sekitarnya tp diorng jgk mnjadi pelarian d negara sendiri!diorang yg sbnrnya mgsa bknnya Israel..Israel sbnrnya mmg xada negara pun..penddk diorng mmg berkeliaran..diorng la st2nya bngsa yg xmmpunyai negara..wlpn diorng mmpu menakluki dunia sekalipun, diorng mmg xada negara!i2la realitinya..

Hamas adalah sbuah organisasi yg ditubuhkan oleh Syeikh Ahmad Yassin,seorng llki tua, hmpir buta, lumpuh..tatkala dia nk mnubuhkan sbuah organisasi politik,sepa yg bg kebenaran???Israel yg tlh mmberinya..Israel fkir seorng lmph xmmpu mentadbir negara..tp dia silap!!org buta, lumpuh i2lah yg mengasaskan Hamas hari ini..dahulu awal penubuhan Hamas, Israel xckp pn diorng ni pengganas..bl diorng cb melawan 2k mendapatkan semula negara diorang, brlah digelar pengganas..bg tau st dunia hamas pengganas..org yg xtau psl Islam psti mempercayainya..

Hamas bknlah sbuah organisasi yg mmbenci bgsa Yahudi..xsm sekali!!Yahudi jgk ada dikalangan mereka yg baik...cm yg mereka benci kpd Yahudi, Israel yg ingin merampas negara diorng dan membuat penduduk Palestine hidup sengsara...ini yg diorng benci...diorng xmmbunuh penduduk awam Yahudi, mereka mmbunuh tntera2 Yahudi yg diarahkan menyerang diorng..

Hamas adalah sebuah organisasi yg mmpunya hubungan yg kuat dgn Allah...sbb i2la mereka organisasi yg kuat..jihad perang bukan senang..org yg hatinya bersih dan mmpunyai hubngan dengan Allah sahaja yg mmpu melakukannya...penduduk palestine memilih Hamas dlm pilihan raya coz diorng adalah organisasi yg bersih...organisasi politik Fatah bnyk yg mkn rasuah...diorng kaya tp pnddk miskin, merempat!setelah kematian yasser arafat, br la th yg diorang ada mnyimpn bnyk wang di bank negara asing!astaghfirullahulazim..

Jangan anda sesekali fikir Hamas adalah org2 yg jahat..xsm sekali!!mereka terdiri drpd org2 yg berpelajaran..pensyarah, doktor, engineer..tahukah anda Rantissi Aziz adalah seorng doktor..Yahya Ayyash seorang engineer...Yahya Ayyah adalah org yg membuat bom menggunakan ubat di farmasi...subhanallah..otak yg diberikan Allah digunakan sebaik baiknya menuju cinta yg st..Hamas ada prinsipnya tersendiri..diorang xakan mmbunuh bgsa sendiri!mereka hnya akan mmbunuh Israel!pernah terjadi d mn Fatah mmbunh org2 Hamas tp mereka xmmblsnya..prinsip mereka  begitu kuat..Fatah adalah org pro Israel bagai lembu dicucuk idung..snggp mengkhianati negara sendiri bg mndapatkan jawatan!

Hamas jgk xakan mmbunh penduduk d luar Palestine seperti yg dilakukan Al-Qaeda..tahukah anda..mereka adalah seperti pemerintah2 Islam dahulu kala..setelah dilantik selepas pilihan raya...hidup mereka semakin sukar...mereka xmngambil wang2 rakyat..wang2 hasil kutipan derma disalurkan pmbinaan sekolah dan kepada org ramai...miskinnya pnduduk Palestin, miskin lg mereka...xseperti pemimpin negara lain incudingla m'sia ni..pemimpin smuanya kaya raya...mmg dirng mmberi bantuan tp adakah mereka menyelami pnddk miskin d corok2 pedalaman negara??fikirkanla...semakin tinggi jwtn, smkn besar tanggungjawab..bknnya semakin tinggi jawatan, semakin bnyk amik duit rakyat..ini xberlaku di m'sia je tp kt smua negara jua..Palestine ketika dipimpin Fatah jua demikian...smuanya ini hendakla berbalik pd hubungan kt dan pencipta kt..

Dr Rantissi pernah berkata kt smua akan mati n dia pilih 2k mati d apachi (Israel) drpd mati disbbkn serangan jntg..bnr ape dia kt..kt akn mati esok, lusa tp biarlah kematian kt dlm menegakkan kalimah Allah bknnya kerana duniawi..mati kerna duniawi, neraka la jwbnya..wallahualam...


Tuesday, June 1, 2010

ISRAEL KEJAM!

Mavi Marmara - salah st kapal yg mmbw bantuan kemanusiaan tlh diserang oleh angkatan laut Israel..astaghfirullahulazim...ya Rabb ku...akibat dr tindakan diorng yg kejam ni, 3 orng sukarelawan tlh d bunuh mnkala 30 lg cedera parah! Konvoi ini membawa kira2 10,000 tan barangan bantuan. Seramai lebih 540 orang menaiki kapal Mavi Marmara, termasuk ahli parlimen, ahli akademik, petugas media, ulamak, seorang kanak-kanak berumur kurang daripada satu tahun dan juga seorang warga emas berumur lebih daripada 80 tahun. Tidak ada sebarang bentuk senjata dibawa bersama konvoi ini walaupun untuk tujuan mempertahankan diri. Fakta ini jelas menunjukkan bahawa konvoi ini adalah benar2 sebuah konvoi bantuan kemanusiaan yang akan disampaikan oleh sukarelawan2 dari kalangan masyarakat awam. Maka, hai dunia..lihatla! Israel smmgnya bngsa yg kejam! wlpn yg menghantar barangan tersebut adalah dr negara2 sedunia, maka diorng trus mnyerang..diorng xtkt sekiranya st dunia memusuhi diorng...yg pntg bg diorng n misi diorng ialah diorng xmahu lihat pnddk palestin n gaza menerima bntuan dr dunia..mereka nk lihat pnddk palestin n gaza hidup sengsara n terpisah dr dunia luar!mereka akn menyekat segala bntuan n misi kemanusiaan dr smpai kepada pnddk palestin n gaza...apa yg mereka mahu adalah bantuan n misi kemanusiaan tersebut melalui mereka..sekiranya segala bantuan n misi kemanusiaan melalui mereka..adakah kt pasti bahawa segala bantuan akn smpai kpd pnddk palestine n gaza?? saya agak ragu2 mengenai hal ini...tp bg sy mereka xakn menyampaikannya kerana mereka sememangnya benci dgn palestin n gaza ini..masakn seseorng yg benci kpd sesuatu yg lain akn mmberikan bantuan sdgkan mereka jua yg menyerang palestin n gaza ini? smua ini rudiculous!! diorng 2 smmgnya amt benci kpd kt umat islam..diorng 2 nk menjajah kt..kalo x dpt colonize our mind, diorng akan lancarkan plak war ats dasar plbgai alasan pdhal alasan tersebut adalah xmsk akal pun...mereka akn cipta plbgai alasan 2k menyerang n mnta dunia menyetujuinya!

hai palestin, hai gaza...bersabarla atas segala apa yg berlaku d dunia...dunia hanya sementara yg kekal adalah syurga...xapa d pndang pengganas, d bnci dunia asalkan d sisi ALLAH, km la perwira, km la yg bersinar, km la yg mulia, km la yg terhebat, km la yg tinggi kedudukan n darjatnya,km la yg paling terkenal d antara malaikat malaikat NYA...

kepada pejuang palestin n gaza serta sesiapa yg terlibat dlm mmbntu islam..ingat la..sesungguhnya km xmati n km hidup d sisi tuhanmu ALLAH  pnuh dgn nikmat..

kepada yg cedera demi islam...ingat la..kecederaan d dunia hanya sdikit berbanding api neraka yg kesakitannya xterperi.

bersama2 kt berdoa yg tlh pergi, yg bakal menjejaki yg akn pergi menemui Rabb dngn bacaan fatihah dan shrsnya kt pray 4 dem, berdoa agar kematian mereka xsia2 dan memastikn bantuan n misi kemanusiaan ini dpt d salurkan kpd meraka..saudara kt...AMIN.. 

Friday, May 14, 2010

Hati Mukmin Pasti Menangis


Suatu petang, di Tahun 1525. Penjara tempat tahanan orang-orang di situ terasa hening mencengkam. Jeneral Adolf Roberto, pemimpin penjara yang terkenal bengis, tengah memeriksa setiap kamar tahanan. Setiap banduan penjara membongkokkan badannya rendah-rendah ketika 'algojo penjara' itu melintasi di hadapan mereka. Kerana kalau tidak, sepatu 'boot keras' milik tuan Roberto yang fanatik Kristian itu akan mendarat di wajah mereka.

Roberto marah besar ketika dari sebuah kamar tahanan terdengar seseorang mengumandangkan suara-suara yang amat ia benci.

"Hai... hentikan suara jelekmu! Hentikan... !" Teriak Roberto sekeras-kerasnya sambil membelalakkan mata.
Namun apa yang terjadi? Laki-laki dikamar tahanan tadi tetap saja bersenandung dengan khusyu'nya. Roberto bertambah berang. Algojo penjara itu menghampiri kamar tahanan yang luasnya tak lebih sekadar cukup untuk satu orang. Dengan marah ia menyemburkan ludahnya ke wajah tua sang tahanan yang keriput hanya tinggal tulang. Tak puas sampai di situ, ia lalu menyucuh wajah dan seluruh badan orang tua renta itu dengan rokoknya yang menyala. Sungguh ajaib... Tak terdengar secuil pun keluh kesakitan.
Bibir yang pucat kering milik sang tahanan amat galak untuk meneriakkan kata Rabbi, wa ana 'abduka... Tahanan lain yang menyaksikan kebiadaban itu serentak bertakbir sambil berkata, "Bersabarlah wahai ustaz... InsyaALlah tempatmu di Syurga."

Melihat kegigihan orang tua yang dipanggil ustaz oleh sesama tahanan, 'algojo penjara' itu bertambah memuncak marahnya. Ia memerintahkan pegawai penjara untuk membuka sel, dan ditariknya tubuh orang tua itu keras-kerasnya sehingga terjerembab di lantai.

"Hai orang tua busuk! Bukankah engkau tahu, aku tidak suka bahasa hinamu itu?! Aku tidak suka apa-apa yang berhubung dengan agamamu! Ketahuilah orang tua dungu, bumi Sepanyol ini kini telah berada dalam kekuasaan bapa kami, Tuhan Jesus. Anda telah membuat aku benci dan geram dengan 'suara-suara' yang seharusnya tidak didengari lagi di sini. Sebagai balasannya engkau akan kubunuh. Kecuali, kalau engkau mahu minta maaf dan masuk agama kami."

Mendengar "khutbah" itu orang tua itu mendongakkan kepala, menatap Roberto dengan tatapan yang tajam dan dingin. Ia lalu berucap, "Sungguh... aku sangat merindukan kematian, agar aku segera dapat menjumpai kekasihku yang amat kucintai, Allah. Bila kini aku berada di puncak kebahagiaan karena akan segera menemuiNya, patutkah aku berlutut kepadamu, hai manusia busuk? Jika aku turuti kemahuanmu, tentu aku termasuk manusia yang amat bodoh."

Sejurus sahaja kata-kata itu terhenti, sepatu lars Roberto sudah mendarat di wajahnya. Laki-laki itu terhuyung. Kemudian jatuh terkapar di lantai penjara dengan wajah berlumuran darah. Ketika itulah dari saku baju penjaranya yang telah lusuh, meluncur sebuah 'buku kecil'. Adolf Roberto berusaha memungutnya. Namun tangan sang Ustaz telah terlebih dahulu mengambil dan menggenggamnya erat-erat.
"Berikan buku itu, hai laki-laki dungu!" bentak Roberto.

"Haram bagi tanganmu yang kafir dan berlumuran dosa untuk menyentuh barang suci ini!" ucap sang ustaz dengan tatapan menghina pada Roberto.

Tak ada jalan lain, akhirnya Roberto mengambil jalan paksa untuk mendapatkan buku itu. Sepatu lars seberat dua kilogram itu ia gunakan untuk menginjak jari-jari tangan sang ustaz yang telah lemah. Suara gemeretak tulang yang patah terdengar menggetarkan hati. Namun tidak demikian bagi Roberto. Laki-laki bengis itu malah merasa bangga mendengar gemeretak tulang yang terputus. Bahkan 'algojo penjara' itu merasa lebih puas lagi ketika melihat tetesan darah mengalir dari jari-jari musuhnya yang telah hancur. Setelah tangan tua itu tak berdaya, Roberto memungut buku kecil yang membuatnya baran. Perlahan Roberto membuka sampul buku yang telah lusuh. Mendadak algojo itu termenung.
"Ah... seperti aku pernah mengenal buku ini. Tetapi bila? Ya, aku pernah mengenal buku ini."
Suara hati Roberto bertanya-tanya. Perlahan Roberto membuka lembaran pertama itu. Pemuda berumur tiga puluh tahun itu bertambah terkejut tatkala melihat tulisan-tulisan "aneh" dalam buku itu. Rasanya ia pernah mengenal tulisan seperti itu dahulu. Namun, sekarang tak pernah dilihatnya di bumi Sepanyol.

Akhirnya Roberto duduk di samping sang ustaz yang sedang melepaskan nafas-nafas terakhirnya. Wajah bengis sang algojo kini diliputi tanda tanya yang dalam. Mata Roberto rapat terpejam. Ia berusaha keras mengingat peristiwa yang dialaminya sewaktu masih kanak-kanak. Perlahan, sketsa masa lalu itu tergambar kembali dalam ingatan Roberto.

Pemuda itu teringat ketika suatu petang di masa kanak-kanaknya terjadi kekecohan besar di negeri tempat kelahirannya ini. Petang itu ia melihat peristiwa yang mengerikan di lapangan Inkuisisi (lapangan tempat pembantaian kaum muslimin di Andalusia). Di tempat itu tengah berlangsung pesta darah dan nyawa. Beribu-ribu jiwa tak berdosa gugur di bumi Andalusia. Di hujung kiri lapangan, beberapa puluh wanita berhijab (jilbab) digantung pada tiang-tiang besi yang terpancang tinggi. Tubuh mereka gelantungan tertiup angin petang yang kencang, membuat pakaian muslimah yang dikenakan berkibar-kibar di udara.

Sementara, di tengah lapangan ratusan pemuda Islam dibakar hidup-hidup pada tiang-tiang salib, hanya karena tidak mahu memasuki agama yang dibawa oleh para rahib. Seorang kanak- kanak laki-laki comel dan tampan, berumur sekitar tujuh tahun, malam itu masih berdiri tegak di lapangan Inkuisisi yang telah senyap. Korban-korban kebiadaban itu telah syahid semua. Kanak kanak comel itu melimpahkan airmatanya menatap sang ibu yang terkulai lemah di tiang gantungan. Perlahan-lahan kanak - kanak itu mendekati tubuh sang ummi yang tak sudah bernyawa, sambil menggayuti abinya.

Sang anak itu berkata dengan suara parau, "Ummi, ummi, mari kita pulang. Hari telah malam. Bukankah ummi telah berjanji malam ini akan mengajariku lagi tentang alif, ba, ta, tsa... .? Ummi, cepat pulang ke rumah ummi... "

Budak kecil itu akhirnya menangis keras, ketika sang ummi tak jua menjawab ucapannya. Ia semakin bingung dan takut, tak tahu apa yang harus dibuat . Untuk pulang ke rumah pun ia tak tahu arah. Akhirnya budak itu berteriak memanggil bapaknya, "Abi... Abi... Abi... " Namun ia segera terhenti berteriak memanggil sang bapa ketika teringat petang kelmarin bapanya diseret dari rumah oleh beberapa orang berseragam.

"Hai... siapa kamu?!" jerit segerombolan orang yang tiba-tiba mendekati budak tersebut. "Saya Ahmad Izzah, sedang menunggu Ummi... " jawabnya memohon belas kasih.

"Hah... siapa namamu budak, cuba ulangi!" bentak salah seorang dari mereka. "Saya Ahmad Izzah... " dia kembali menjawab dengan agak kasar. Tiba-tiba, Plak! sebuah tamparan mendarat di pipi si kecil.

"Hai budak... ! Wajahmu cantik tapi namamu hodoh. Aku benci namamu. Sekarang kutukar namamu dengan nama yang lebih baik. Namamu sekarang 'Adolf Roberto'... Awas! Jangan kau sebut lagi namamu yang buruk itu. Kalau kau sebut lagi nama lamamu itu, nanti akan kubunuh!" ancam laki-laki itu.

Budak itu mengigil ketakutan, sembari tetap menitiskan air mata. Dia hanya menurut ketika gerombolan itu membawanya keluar lapangan Inkuisisi. Akhirnya budak tampan itu hidup bersama mereka. Roberto sedar dari renungannya yang panjang. Pemuda itu melompat ke arah sang tahanan. Secepat kilat dirobeknya baju penjara yang melekat pada tubuh sang ustaz. Ia mencari-cari sesuatu di pusat laki-laki itu. Ketika ia menemukan sebuah 'tanda hitam' ia berteriak histeria, "Abi... Abi... Abi... "

Ia pun menangis keras, tak ubahnya seperti Ahmad Izzah dulu. Fikirannya terus bergelut dengan masa lalunya. Ia masih ingat betul, bahwa buku kecil yang ada di dalam genggamannya adalah Kitab Suci milik bapanya, yang dulu sering dibawa dan dibaca ayahnya ketika hendak menidurkannya. Ia jua ingat betul ayahnya mempunyai 'tanda hitam' pada bahagian pusat. Pemuda bengis itu terus meraung dan memeluk erat tubuh tua nan lemah. Tampak sekali ada penyesalan yang amat dalam atas tingkah-lakunya selama ini.

Lidahnya yang sudah berpuluh-puluh tahun lupa akan Islam, saat itu dengan spontan menyebut, "Abi... aku masih ingat alif, ba, ta, tha... " Hanya sebatas kata itu yang masih terakam dalam benaknya. Sang ustaz segera membuka mata ketika merasakan ada tetesan hangat yang membasahi wajahnya. Dengan tatapan samar dia masih dapat melihat seseorang yang tadi menyeksanya habis-habisan kini sedang memeluknya.

"Tunjuki aku pada jalan yang telah engkau tempuhi Abi, tunjukkan aku pada jalan itu... " Terdengar suara Roberto meminta belas. Sang ustaz tengah mengatur nafas untuk berkata-kata, lalu memejamkan matanya. Air matanya pun turut berlinang. Betapa tidak, jika setelah puluhan tahun, ternyata ia masih sempat berjumpa dengan buah hatinya, di tempat ini. Sungguh tak masuk akal. Ini semata-mata bukti kebesaran Allah.

Sang Abi dengan susah payah masih boleh berucap. "Anakku, pergilah engkau ke Mesir. Di sana banyak saudaramu. Katakan saja bahwa engkau kenal dengan Syaikh Abdullah Fattah Ismail Al-Andalusy. Belajarlah engkau di negeri itu,"

Setelah selesai berpesan sang ustaz menghembuskan nafas terakhir dengan berbekal kalimah indah "Asyahadu anla IllaahailALlah, wa asyahadu anna Muhammad Rasullullah... '.

Beliau pergi dengan menemui Rabbnya dengan tersenyum, setelah sekian lama berjuang dibumi yang fana ini. Kini Ahmah Izzah telah menjadi seorang alim di Mesir. Seluruh hidupnya dibaktikan untuk agamanya, Islam, sebagai ganti kekafiran yang di masa muda sempat disandangnya. Banyak pemuda Islam dari berbagai penjuru berguru dengannya...

Aku Bimbang


Aku bimbang.. sangat bimbang ..

Bagaimanakah kalau esok..aku mati mendadak?

Sembahyangku masih banyak..yang belum terqada’

Ingin membayar puasa yang tertinggal..masih belum aku bertindak

Hutangku masih berlambak-lambak.

Finance keretaku belum lagi lunas tertunai

Hutang bank rumahku masih belum selesai

Kewajipanku masih banyak yang terbengkalai.


Aku bimbang..sangat bimbang..

Apakah aku akan diberi VIP Welcome di alam barzakh

oleh Munkar dan Nankir dengan senyuman bermanis wajah

Atau apakah aku akan dibelasah

oleh pembengis-pembengis di alam barzakh ?

Apakah aku dapat menahan sakit

Bila ular kubur datang menggigit

Kerana sembahyangku yang amat sedikit


Aku bimbang..sangat bimbang..

Isya’ masuk..ayah ke surau menyembah Allah SWT

Aku depan tv menonton AKADEMI FANTASIA,

Ayah bertasbih, bertahmid..berzikir memuji Tuhan

Aku terjerit²..MENYOKONG PESERTA REALITI TV YANG SIA-SIA.

Ayah menggunakan masa mencari redhaan Tuhan

Tapi aku masih berpoya-poya seperti NYAWAKU PANJANG LAGI.

Kalaulah besok subuh Izrail datang bertandang

Bagaimanakah nasibku..setelah dunia aku tinggalkan?


Aku bimbang..amat bimbang

Imanku masih terumbang-ambing

Ketika aku di dalam kubur..

adakah orang yang akan mendo’akan?

Siapa akan menyedekahkan bacaan Yasin dan surah-surah Al-Qur’an

Buat meredakan siksa kubur yang datang tanpa kasihan

Nasibku di bawah tanah..adakah siapa yang akan mengenangkan?

Hilang aku dari pandangan..hilanglah aku dalam kenangan.

Jadi..kenapa aku kurang berusaha menyiapkan bekalan?

Supaya di kubur nanti aku diberi VIP Welcome.


Aku bimbang..sangat bimbang..

Amal ibadahku sangat berkurang !

WAHAI MANUSIA … taubatlah engkau dari sekarang

Tinggalkanlah padang bola..

TINGGALKAN HIBURAN MELAMPAU dan pergi ke masjid seperti orang lain.

Qada’lah sembahyangmu yang tertinggal, bayarlah puasamu

Berhentilah menjadi sahabat syaitan

Agar hidupmu mendapat keredhaan

Sebelum engkau kembali ke ALAM BARZAKH



Muhasabah Diri


10 Nasihat Imam Hassan al-Banna


1. Apabila mendengar AZAN, makan bangunlah sembahyang serta-merta walau bagaimana keadaan sekalipun

2. Bacalah AL-QURAN, tatapilah buku2 ilmu, pergilah ke majlis2 ilmu, amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tidak memberi faedah.

3. Berusahalah untuk bertutur dalam BAHASA ARAB kerana bahasa arab yang betul itu adalah syiar Islam.

4. Janganlah BERTENGKAR dalam apa-apa perkara sekalipun keranan pertengkaran yang kosong tiada memberi apa2 kebaikan.

5. Janganlah banyak KETAWA kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6. Janganlah banyak BERGURAU kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh2 dalam setiap perkara.

7. Janganlah bercakap lebih NYARING daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia2 malah menyakiti orang.

8. Jauhilah daripada MENGUMPAT peribadi orang,mengecam pertubuhan2 dan janganlah bercakap melainkan apa2 yang memberi kebajikan.

9. BERKENAL-KENAL lah dengan setiap muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkenalan dan berkasih sayang.

10. KEWAJIPAN LEBIH BANYAK DARI MASA yang ada pada kita.Oleh itu,gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.